|
Kisah Hati Dup Dap
4.21.2013 | 11:03:00 AM | 0 star
Salam dan selamat pagi.
Haii. Giat tak aku hidupkan blog ni? : ) Pepagi buta mata masih terbuka luas sambil mengagahkan diri untuk menulis :p Aku just nak share luahan rasa tentang hati dan perasaan aku. Cewahhh. Romantika gitu~ Haktuih!
Oklah, alhamdulillah aku rasa sangat bertuah sebab aku rasa dah kira kira 5 tahun aku bebas daripada sebarang jajahan hati. Yes, I must admit it that . Maaf cakap, aku seriously tak suka dan tak nak memikirkan lagi tentang semua benda. Tapi kalau dah tertulis jodoh aku awal, insyaAllah aku tak akan tolak.
Aku dah janji dengan diri aku supaya bawak balik kejayaan dekat usrati especially mak and abah yang dah banyak berkorban besarkan aku. Ya Allah, tak terkira rasanya berapa banyak aku dah susahkan mak dan abah. Tambahan pulak, aku dah banyak bawak sejarah pahit. So, aku dah bertekad tak nak ingat pasal tu lagi and teruskan dengan kehidupan aku sekarang ni :')
Panjang lagi perjalanan aku sebelum aku masuk ke alam lain. Banyak lagi yang aku nak capai sebelum melangkah ke alam baru. Jadinya, aku harap sangat dia faham. Buat aku tak suka tapi aku rasa mungkin ini bukan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku doakan dia dapat yang lebih baik . Kadang kadang aku rasa sedih bila orang kaitkan aku dengan dia. Seriously kalau boleh aku sangat hati aku ni tak bersangkut paut dengan mana mana nama lelaki selain bakal zauj.
Boleh bawak zina hati and nanti mulalah syaitonnirrajim tu hasut untuk berfikiran tak elok. Nauzubillah. Masa aku dekat U lagilah, kena jaga hati dan iman sangat sangat. Ya Allah , kadang kadang rasa takut nak jalan depan dorang. FYI, aku seorang yang berani untuk jalan sorang sorang even kalau gi shopping pun, aku lebih selesa jalan sorang sorang. Bukan hapa, kadang kadang orang sekeliling suka rush. Aku nak jejalan dengan hati yang tenang ok :p
Tapi tula, bila kat U je aku kena cari shortcut nak lalu tempat yang tak ada dorang. Tapi apa apa pun, I Like It! Itu pilihan aku. Biar orang nak kata aku kolot ke apa, tapi aku tau apa yang aku buat ni betul di sisi Allah swt :') Aku anggap bebudak kelas macam adik aku jeh =_= Nasib baik beza setahun! Hikhik.
Jagalah Allah, nescaya Allah swt akan menjaga kita pulak :') Short words and precise tapi itulah yang susah kita nak buatkan? Yes aku admit kadang kadang aku sendiri tersilap langkah, ujub , lagho. Tapi, once kita dah sedar cepatlah bertaubat
, istighfar mohon supaya Allah jaga hati kita. Aamiinn.
Oklah, rasanya itu je kot. Jam dah nak masuk angka dua. Mata pun nak katup dah ni. Sayu je mata ni. Hehe.
Jalan jalan Ke Nogori
| 4:06:00 AM | 0 star
Salam and selamat pagi.
Ouh ouh first time update stori pepagi buta ketika semua orang sedang nyenyak belayar dalam tidur. Aku jeh yang terbeliak mata buat gebang pagi ni. Hehe. Ok, merepek. Oh lupa, sihat? Aku? Alhamdulillah sihat , berat pun macam biasa semakin mengingkat angkanya. Angan hati nak consume herbal life la bagai, jogging every morning la. Last last hampeh satu pun tak jalan :p
Jadi, sekarang ni aku dan usrah sedang berada di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Nogori Sembilan. Sebabnya datang nak bagi sokongan padu dekat abah yang ada kursus. Hikhik. Tengok betapa tingginya semangat patriotik aku kat usrati <3. Alhamdulillah,petang semalam bertolak and sampai pun dalam nak dekat maghrib macam tu. Disebabkan kitorang ikut jalan dalam so cepat jugakla sampai. Tapi kan, nak sampainya tu pun azab gila. Jalannya berlekok lekok macam ular kena patuk. Tapi en,, alhamdulillah sangat. Dalam banyak banyak adik beradik, aku seorang je yang Allah swt kuatkan semangat kalau lalu jalan macam ni. Aku takkan pening and tak mengantuk plus rasa macam nak muntah. Tak macam adik beradik yang lain. Siap ada yang cium minyak cap kapak bagai : )
Dah sampai, masuk rumah tamu dia sangat ohsem. Pastu ada lebih kurang 5 bilik berasingan. Di sebabkan aku agak rapat dengan K. Wawa and Ily, so aku just duduk dengan dorang and yang adik aku yang lagi dorang tu pulak duduk berdua. Bilik dia pun ohsem sangat sebab ada satu katil besar , satu tandas and kawasannya yang agak luas untuk aku main acik sorok sorok dengan adik adik aku : ) Peace. Maaf sebab tak sempat nak captured picture. Kebetulan semalam pulakla perut aku buat hal so bertambah malas la aku =_=
Alhamdulillah, breakfast pagi memang kenyang sangat. Nasi lemak yang menyelerakan. First time makan nasi lemak yang sambalnya sedap and perfect lepas cuti sem ni. Dulu , aku rajin jugakla nak masak nasi lemak untuk breakfast tapi disebabkan aku kena control pemakanan aku so I decided not to eat or cook nasi lemak selalu. Hehe. Lepas je habis program , aku terus balik bilik and dum buat kuak lentang rama rama atas katil. Ya Allah, nyenyak gila kot aku tidor sampaikan adik aku mai bagi donat pun aku sapu. Bayangkan tengah tengah tidor tu. Hehe. Dapat la back up balik jam tidor aku yang tak cukup sebelum nih :') Sebelum balik tadi ada la sempat ambik gambar tapi itupun tak berapa banyak sangat sebab masing masing kalut angkat barang. Pergi sehari je tapi barang kitorang mengalahkan nak pergi sana seminggu! Hehe :p
Oklah, setakat tu je kot. Gotta go for now : ) Assalamualaikum and have blessed day.
Minggu Final Exam
4.06.2013 | 12:32:00 AM | 0 star
Assalamualaikum dan selamat petang :)
Alhamdulillah, just finished calculus's paper. Sekarang kat bilik sedang bergolek golek atas katil buat kuak lentang free. Hehe. Alhamdulillah, dah 4 paper dah berlalu, sekarang ni tinggal 2 paper je lagi iaitu kimia and fizik. Fuhh. Wish me luck.
Basically, my life alhamdulillah so far so good. Semalam nad telefon my beloved mak and abah. Rindu :') Then, bermulalah cerita cerita plus gosip! Haha. Lepas tu, selitkan mesej kat abah nak beli phone baru. Niat asalnya nak mintak Samsung Galaxy Note 2 yang color PINK. Tapi, limited edition! Then, abah pulak cakap, nanti beli yang lain la dik. Hehe. Terserlah kegembiraan :§
Hehe. Special and loved. Taken in car on the way to Kuala Perlis.
Oh ya, lupa my planning for this semester break :
Dan dan, I think I REALLY have to stop thining about my prince! Kekadang rasa macam sunyi sangat. Jealous ( husnodzon ) tengok kakak kakak yang kahwin muda. Even my friend pun dah ada yang kahwin. Huhu =_=
Tapikan, nad selalu berdoa pada Allah supaya tutupkan pintu hati hati nad sebelum sampai masanya. Bukan la tak suka tapi nad rasa nad belum dapat jadi anak yang terbaik untuk keluarga. Sebab tu rasa macam lemah je bila cakap pasal kahwin ni. One more thing, I told my mum to find him for me. InsyaAllah, nad tak AKAN cari sendiri. Err, maaflah petang petang ni berjiwang bagai <3
Oklah, nak beli basuh baju ni. Almaklumlah orang bujang kan? Hihi. Tapi kena get ready untuk jadi full time housewife and maid after this sebab lagi 8 hari nak balik! Oooyeah.
Do pray for me peeps. Assalamualaikum and have a blessed day.
Study Days : 1 Day Left
| 12:05:00 AM | 0 star
Salam dan selamat petang,
Alhamdulillah, alhamdulillah. Nyaman sungguh Arau harini. No rains, no hot sunny. Perfect. As i said yesterday, today is our last days of DIS Part 2 students. Starting from tomorrow will be our study days and of course next thursday will be our very first paper. Excited plus superhappy sumanya ada sebab tak sabar nak tamatkan part 2 and masuk part 3 pulak. Then sampailah part 6.
Banyak pengalaman yang nad dapat kat sini. Yes, kadang kadang sedih sebab jauh sangat dengan usrati. Tapi, I just wanna say that I am SO proud of myself sebab dapat hidup berdikari. Bila dekat Arau je dapat rasa peluang jadi bujang. Why? Sebab bila Selangor say akan jadi suri rumah sepenuh masa plus nak cari hobi baru contohnya driving, cycling . Masa dekat Arau je dapat makan pizza Regular Super Supreme sorang sorang. 6 slices tu wokeh! Conquer satu pizza!
Tapi, yang manisnya bila balik rumah, I get to cook foods and my family wil eat it! Ya Allah, rasa seronok sangat and puas hati bila tengok adik adik makan. Tenang hati nih =_= Hehe. Dapatla nad testing untuk bakal zauj! Adoiii adoiii.
So, next week on 28 and 28 th of march , usrati will be visiting me here at Arau! Alhamdulillah im beyond happy to know that. Honestly I didnt feel like going out but then since next weeks is school holidays, so my parents decided to see me.
Ok lah, thats all for now. Quick update sebab curik curik bukak my lovely tab : Wassalam and have a blessed day. Exam Mode
3.21.2013 | 8:02:00 AM | 0 star
Salam dan selamat malam,
Alhamdulillah, nad masih diberi kehidupan yang serba serbi cantiknya oleh Allah swt :') Hm. Oklah alhamdulillah dah habis dah minggu hectic nad sebagai student DIS Part 2. Esok, 22 March 2013, akan habislah kelas kami and we will wrap up our BEL's class. Sedih wooo =_= Hehe. Tapi, tula rasa macam tak sabar pulak nak mulakan cuti sem kali ni sebab cuti kali ni agak panjang jugak ( kot ? ). Dah rancang macam macam dah nak buat apa cuti ni.
Oh ye, alhamdulillah, markah nad untuk test dan kuiz part 2 ni ada yang better than before and of course ada jugak kiokkk kat tengah tengah. Haritu, nad punyala stress memikirkan markah test dan kuiz yang merudum jatuh bak tahi bintang yang jatuh kedebuk atas kepala aku! Sedih and sedih. Sampai call mak and abah tercinta untuk minta pendapat and bagi nasihat. To tell you the truth, I cried heavily. Menangis sampai boleh rasa mata bengkak kot tapi nanges sorok sorok tak nak bagi roomates tahu : Tapi, aku tahu ada hikmah di sebalik semua tu :') So that I will learn something from mistakes and appreciated people around me better.
Alhamdulillah, hari ni adik nad terima keputusan SPM nya and and alhamdulillah Allah murahkan rezeki dia dapat 6A 3B. Sebenarnya nad expected dia dapat string of A's tapi tak pa lah, alhamdulillah and say syukur to Allah sebab bagi keputusan yang cemerlang jugak :) Apa apa pun balik kepadaNya. Always bear in mind yang apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita. Selalu berdoa agar Allah murahkan rezeki kita dan permudahkan segala amalan kita. Aamiiinn :'D
Sila tengok dengan mata yang besar besar ok, my first paper will be start on 28th March on Thursday. And it is the killer subject after all, Biology. But insyaAllah I will always try my best to do it. One shot! Oyeh!
Nah, ni masa dekat Nami Island. Ya Allah, sejuknya mashaAllah tapi alhamdulillah dapat pengalaman baru dan dapat top up kasih sayang dengan usrati. Hikhik.
Oooh ooh lagi satu, alhamdulillah, I have got back my lovey dovey BFF. :) Saja je buat hiatus kononya merajuk la bagi tapi last last nak cari dia jugak untuk kongsikan benda. Satu je yang nad sangat syukur tentang persahabatn kami , walaupun dah jauh kami berkawan plus baru je kenal masa form 4, tapi apa yang nad boleh cakapkan, she is best friend i ever have in my life. Nad mengaku kat sini memang ada jugak sahabat tuh, tapi tak boleh nak tanding dengan sahabat sayang saya sorang ni
sebab she knows me well and i know her well too.
Tu je kot yang nak cakap. Assalamualaikum and have a blessed day : ) Dear Awak ♥
1.30.2013 | 6:04:00 AM | 0 star
Salam dan selamat petang,
Alhamdulillah, diri ini masih diberi kekuatan untuk menulis sebuah entry mengenai kehidupan aku sebagai seorang muslimah di bumi Perlis. Alhamdulillah, syukur sangat kepadaNya sebab berikan aku kesabaran untuk aku hadapi semua ujian ini.
Masa tengah taip ni, aku sebenarnya tengah dok kalut siapkan assignments CTU sebenarnya , tapi hati dan jari ni nak sangat berceloteh plus lepaskan semua cerita aku. Well, aku kat sini bukan tak ada sahabat, tapi honestly nak cari seorang sahabat kat sini sangat mencabar tambah pulak dengan persekitaran kat sini yang semuanya totally changed 360 dari segi semua sudut especially ikhtilat. Seorang sahabat tu bagi aku sangat penting. Tambah pulak kalau yang sekepala tu, lagila sangat penting sebab bagi aku sahabat macam ni sangat memahami aku.
Hem, oklah, sebenarnya banyak sangat nak cerita. Tapi untuk kali ni , aku nak bagi satu surat cinta untuk sahabat aku yang mogok dengan aku. Dear awak, saya mintak maaf .
Awak, ye, saya minta maaf sangat sangat. Ampun yeh sebab tak call awak semenjak dua tiga minggu nih. Mesti awak tertanya tanya kan kenapalah dengan nad ni? Tak call call aku ? Hishh. Hehe. Oklah, Frankly speaking, saya tak adalah marah sangat kalau awak tak bagitahu saya tentang crush kedua awak tu. Cumanya , cumanya , saya sedikit sedih sebab . . sebab . . emm macam saya bukan sahabat awak Till Jannah. Bagi saya, walau kemanapun saya pergi, walau jauh mana pun saya bermigrates untuk belajar tapi nama awak masih ada dalam senarai orang yang penting bagi saya selepas Allah swt, Muhammad saw, Islam dan keluarga.
Saya tak kisah kalau awak cerita lambat kat saya tapi saya nak sangat kita kongsi sama sama rahsia. Hehe : p Even bagi saya pun, kat sini saya tak akan ceritakan apa apa tentang saya mahupun kehidupan saya kepada orang lain. Sebab ? Sebabnya bagi saya awaklah orang yang saya nak kongsi semuanya. Saya nak kita jadi sahabat Till Jannah, bukan setakat tahu rahsia , tahu itu tahu ini tapi ukhuwah zero. Awak tahu tak boleh katakan semua yang keluarga saya tahu, awak akan tahu. Maksudnya kat sini saya sayang awak macam saya sayang keluarga saya cuma kita ni bezanya jauh jeh :')
Tapi, saya tak paksa kalau awak tak kongsi dengan saya. Saya nak awak tahu yang ' Uhibbuki fillah '. Saya Sayang Awak Kerana Allah swt ♥ Saya pun tak ada awan nano macam awak nak ceritakan semuanya. Tapi, awak doakan saya eh supaya dapat bakal zauj yang dapat membimbing saya ke jalanNya. Ameen : )
Oklah, awak saya tunggu awak hantar mesej dekat saya dulu sebenarnya. Nanti baru saya call. Hehe.
Till then ok, and once again to my dearest best friend. I just want to let you know that friends are like balloons. If you let them go, you can't get them back. So, I'm gonna tie you to my deep heart so that I will never ever lose you again. Hoping that you will read this my dear ♥ And, yes Im so sorry to my deep core heart because of my bad bahaviour towards you. Please accept my apologise : )
Thanks for reading my words : )
Kisah Berminggu minggu Aku
12.23.2012 | 8:23:00 PM | 0 star
Salam semua and a very good morning.
Alhamdulillah, sekarang ni aku dah mula cuti MidSem Break. Jadinya sekarang ini aku sedang dalam perjalanan ke UUM untuk pergi ambil lappy abah aku dekat orang kerjanya.
Tak banyak aku nak cerita sangat. By the way alhamdulillah, sekarang ni semua nya masih okey. Maksudnya yang masih ok itu adalah dari segi pelajaran, diri dan keluarga. And alhamdulillah rezeki kami sekeluarga dimurahkan. InsyaAllah next year ada plan baru dengan keluargaku sayang. Plan apa? Takpalah I will tell you someday. Hehe.
Anyway, kehidupan aku sebagai seorang pelajar dan perantau di Perlis ( je pun ? ) alhamdulillah semakin better than before. Kadang kadang tu rasa tension plus nak berhenti je dari belajar. Iyalah terlalu kelam kabut dengan aktiviti plus nak kena terkejar kejar cari stiker untuk duduk kolej. Tu belum kisah dengan kelab persatuan nya bagai. Last sem aku jadi Ketua Pengarah untuk satu event ni. Sebabnya rais kena pergi kem.
Mula mula tu okla kan. Lepas tu masing masing mula menunjukkan perangai. Dengan alasan tak nak datang la, bajet kurang la dan bermacam macam alasan lagilah yang aku menyampah nak dengar. Last last aku yang kena uruskan semuanya. Nak menangis jugaklah aku waktu tu. Semua beban atas aku. Senior muslimin pun kerja nak pressure aku dengan susunan aktiviti tu. Dah la ni first time aku handle event tanpa apa apa ilmu pun tau! Mau tak panik tahap Z! hehe. Hiperbola sungguh kan.
Tapi alhamdulillah aku berjaya jugak uruskan event tu akhirnya. Susah memang susah tapi itulah pengalaman baru yang aku kutip. Walaupun aku rasa taklah hebat sangat aku uruskan event tu but at least I tried my best. And I did not regret anything. Tetibe rasa sebak la pulak. KahKahKah. Takdemotifpunyagelak.
Habis bab kisah kelab aku. Asrama aku pulak. Yes, kehidupan asrama aku pun not bad tapi aku rasa last sem lagi seronok sebab aku ada neighbourhood yang cool dan sekepala. Semuanya best best and gila gila macam aku. Agaga. Tapi starting from this sem, T. Rec has decided to arrange back the hostel where there will have one room for one course. Maksudnya kalau macam aku, aku ambil Course Science Pure, so satu bilik aku pun akan jadi Science Course pun students. Dan begitulah dengan bilik bilik yang lain.
Dan alhamdulillah roomates aku pun cool macam cool blog. Cuma biasalah kan dalam dusuk sebilik tu akan ada buruknya. Yang seorang tu suka sangat buka lagu kuat kuat sampai nak pecah gegendang telinga aku. Nasib baik yang roomate aku lagi satu tu ok je. Dapatlah aku sehati sejiwa dengan dia. Hehe.
And yang tak tahan lagi, aku dapat tingkat empat punya bilik. 4031. Gila nak mati aku kalau nak panjat tangga nak balik bilik. Yang pihak kolej boleh letak signboard ' Kita Sihat, Kita Cergas, Kita Panat Tangga, and lastly KITA PENAT ' !
Tapi aku tetap gagahkan jugak kakiku kaki ini untuk panjat sebab banyak kot kerja yang aku boleh buat kalau ada break daripada melepak saja. Hehe.
Akhir kata, wish me luck. I wish to be strong and hope that I will bring my ANC's certificate to my parents. Aamiin :'). Thanks for reading. Assalamualaikum and have a blessed day.
Ini Cerita Aku
11.26.2012 | 11:24:00 PM | 0 star
Salam dan selamat petang.
Alhamdulillah, hehe. Masa aku tengah menaip ni, aku masih kalut memproses status FB bapakKu untuk post berkenaan dengan Umrah Ziarah. Hmmm Oklah, banyak aku nak cerita sebenarnya , tapi banyak jugaklah yang aku dah lupa : ) Sibuk nak post tu, post ni tapi satu pun tak jadi. Last - last dah sampai nak masuk bulan Disember. Yes, Disember :'( Sedih. ( ? )
Kenapa sedih ? Because on 3rd December, Im , , Im going back tu UiTM ! ! <_> Haha. Sorri lah ye, teremo pulak. Oklah, tak macam biasa, minggu ni aku dah tak pergi office macam minggu lepas. Sebabnya, kan dah nak balik sambung belajar jadinya kenalah pokus untuk studi dulu. Beg beg pun aku dah start packing. Beg besau gedabak, nasib baik pi boleh tumpangkan beg aku dekat van. Kalu tak habislah kami adik beradik duduk macam tin sardin dalam encik kereta : )
Oh ya, lupa nak cakap yang minggu ni jugak aku dan famili dan kawan abah akan pergi ke Langkawi untuk Company Trip. Mula2 tu macam reject jugak nak pergi ke pulau Lang ni tapi abah cakap yang dorang dah lama tak pergi , so kami pun terpaksalah ikut sama. InsyaAllah, kali ini kitaorang akan bermalam 3 hari 2 malam dekat Langkawi and 1 malam dekat Perlis. Perlis tu yang tak tahan tuh +_+.
Happy pun ada, sedih pun ada. Tapi kalau nak dipikir-pikirkan balik, inilah pengorbanan aku untuk belajar. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk sambung belajar kat UiTM and ambik DIP. Sedih sangat sebab apa yang aku hajatkan tak sampai. Dulu aku sangat sangat nak ambik medic. Yelahkan, dulukan kat sekolah asal tanya je ambik kos apa, mesti jawab ' Aku nak ambik Medic. Nak pi Mesir '. Hah, itulahh ayat keramat aku masa time time keremajaan aku ;p
Even lepas result SPM keluar pun, aku still tak puas hati dengan result aku then aku try recheck balik dekat Putrajaya. satu hari aku habiskan masa dengan abah untuk pi sana. Pagi pagi lagi keluar dengan semangat yang berkobar kobar nak check balik result. Tapi ,, last last result aku ,, hmm tak pelah, biarlah aku jeh yang tahu ok : ')
Aku balik rumah haritu dengan perasaan yang sedih sangat. Aku rasa macam inilah the end of my life. Hancur berkecai habis cita cita aku nak buat medic dekat mesir. Tapi lepas tu, aku masih tak give up, aku try jugak apply MedicMesir dan AQM, satu agen yang ada link dengan Mesir. Alahamdulillah aku dapat untuk MM, tapi masa tu pulak aku dah rasmi jadi pelajar Kuin, Kedah.
Takpelah, aku tutup cerita pasal mesir. Then, bermulah kehidupan aku sebagai anak rantau kedah. Masa aku dekat kuin, banyak sangat yang aku belajar. Macam macam yang aku hadapi dalam mematangkan aku. Dari segi sahabat, diri aku sendiri, studi dan orang sekeliling. Even masa ku nak tinggalkan kuin pun aku rasa macam mimpi. Aku pun tak sangka yang dah nak masuk setahun aku duduk kat kedah tapi akhirnya aku terpaksa keluar jugak.
Alhamdulillah, masa result UPU keluar, aku dapat tawaran sambung belajar di UiTM Arau dalam bidang Sains. InsyaAllah, aku akan habiskan masa aku kat sini pulak selama 3 tahun. Dan , sekarang ni aku akan masuk Part 2 pulak. Rasa sekejap sangat aku dekat UiTM. Zaman U pun seronok sangat. Aku ada sahabat sahabat yang sporting, sekepala dan cool. Setakat ni perjalanan aku sebagai student UiTM masih baru. Syukur sangat kepadaNya sebab bagi aku rezeki , result aku : ') Walaupun aku punya expectation lebih daripada tu, tapi aku tahu, Allah merancang segalanya lebih hebat dari apa yang aku rancang.
Walaupun aku sedih sebab aku dah ketinggalan dari sahabat sahabat aku yang lain , tapi aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku. Dia nak tengok aku kuat. Dia nak uji aku supaya aku jadi lebih kuat. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk 3 tahun ni. Biarlah orang nak hina aku sebab aku lambat, tapi aku tahu, Allah dah rancang yang terbaik untuk perjalanan hidup aku selepas ini. Aku akan buktikan orang macam aku mampu capai cita-cita ku. Bukan hanya tahu cakap kosong. InsyaAllah, Ameen : )
Even they are just things , but they do convey us something that we need it! Dont give up and just stand up to face the world. Allah is always with you, dear <3
Kenapa aku masih gagal?
10.28.2012 | 8:31:00 PM | 0 star
Copied from iluvislam.com.This article made me feel more stronger : ,) Thank you Allah ♥
Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia "kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?" Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.
"Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?"
"Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga...."
Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa....
Mustahil orang yang berusaha akan gagal!!
Kemudia mereka bertanya lagi
"Tapi saya dah belajar siang dan malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As... Kenapa?"
Jawapan saya mudah..
Macam mana anda tahu yang anda sudah berusaha bermati-matian??
Soalan di jawab dengan soalan. Sengaja!
Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa kerana tuhan itu Maha Adil. Pada mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya. Walaupun saya juga tidak pernah dapat straight As dalam mana mana peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini, setelah berusaha namunsaya mempunyai ramai kawan kawan yang mendapat staright As dalam peperiksaan mereka.
Dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up dalam pelajaran... (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini semasa saya di tingkatan satu dahulu... ). Ingatlah saat kita berputs asa itulah sebenarnya waktu kita benar benar akan gagal dalam apa yang kita ceburi. Benar kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan ataupun ini adalah sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukanNya. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Setakat hari ini saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart tetapi dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha pengasih dan tidak mungkin akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh hambanya untuk berjaya hatta masuk ke syurga tuhan pun perlu usaha (walaupun hakikatnya masuk syurga itu bukan kerana iman dan amalan kita tetapi kerana RahmatNya). Maka, dari sinilah kita boleh melihat bahawa memang tuhan menyuruh hambanya agar berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang mereka kehendaki. Capailah rahmat Allah itu dengan berusaha bersungguh sungguh.
Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Firman Allah yang bermaksud :-
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik)."
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Cubalah kita bermuhasabah, mengapa kita gagal mencapai matlamat yang kita kehendaki dalam hidup ini terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar, siswa atau siswi. Mungkin kita adalah seorang yang kaki study hard tetapi bukan kaki study smart. Siang malam kita berkepit dengan buku sahaja dan menghafal namun kosong dari memahami apa yang dibaca dan dihafal.
Dan apabila keluar keputusan kita berkata,
"Kenapa gagal lagi nih... mesti ada salah periksa"
"Mustahil aku boleh gagal, aku dah belajar sungguh-sungguh"
Mari kita tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart walaupun mungkin tidak ramai pelajar cemerlang akan mengaku kaedah yang mereka amalkan. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata
"tak de rahsia pun, baca jelah buku".
"Saya bukan orang genius"
Bagi saya, ini adalah salah sama sekali. Mustahil hanya dengan baca buku sahaja seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Justeru, bukan hanya 'genius' seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Tetapi dengan usaha dan bijak dalam mengatur 'strategi pembelajaran'. Orang yang ditakdirkan memiliki tahap pemikiran yang agak 'lambat' juga mampu berjaya. Hanya dengan usaha dan tawakkal!
Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini. Saya tidak pernah memiliki perfect score dalam apa jua subjek peperiksaan yang saya ambil namun saya yakin, jika kita berusaha lebih kuat lagi, InsyaAllah kita pasti akan berjaya. Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin dan teruskanlah berusaha sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai.
Janganlah kita menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja di atas semua yang terjadi jika kita gagal kerana tidak berusaha. Allah beri kita pilihan samada mahu atau tidak untuk berjaya, sama ada ke arah kebaikan atau kearah keburukan. Jika kita berusaha dengan cara yang betul, mengatur strategi pembelajaran dengan sebaiknya, InsyaAllah kita pasti tidak akan gagal.
Kita yang membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik atau jahat. Sekiranya kita berfikir kita akan gagal sebelum bertindak, maka sudah pasti kita akan gagal. Ingatkah kita kepada Thomas Edison yang telah berjaya menghasilkan lampu? Cuba bayangkan jika Thomas Edison berputus asa dalam proses menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini akan bergelap , dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk mengahsilkan lampu yang akan menerangi dunia. Maka, ubahlah mind setting' kita, Allah Maha Adil, setiap yang berusaha Allah tetap beri. Walaupun bukan yang dia ingini tapi Allah tetap gantikan dengan apa yang dia perlukan.
Maka, tiada yang GAGAL jika berusaha. Hanya belum ada rezeki lagi untuk berjaya.
Dan apa yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini walaupun apa yang kita perolehi itu bukan yang kita inginkan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan berazam untuk dapatkan keputusan atau natijah yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah
" What You give, you get back "
"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"
Selamat Berusaha! ♥
Usrati dan ana di Lembah Tengah : )
| 8:10:00 PM | 0 star
Salam kalian . .
Salam hari raya qurban yang ke 3 semua. Alhamdulillah, harini nad lalui hari dengan kesenangan yang Allah berikan. Tadi adik nad yang sekolah MRSM Pekan dah dihantar ke sana balik. Sedih sebab sorang dah balik tapi nad tahu dia ada misi yang nak diselesaikan! Hehe * Cehh, macam CSI pulak : ) Akak nad pulak dah balik semalam
Jadi jadi , dua hari lepas dengan rasminya kami seusrati telah pergi ke Mid Valley untuk berjalan jalan. Seriously ini adalah first time or second time kami pi sama sama. Mestila, nak kumpul semua sisters kami bukan senang. Time time cuti ni pun kalau sorang tak dak selalunya kami memang tak pi mana mana. Itulah namanya ' Family First! ' ♥ Tapi ni pun adik lelaki saya tak ada. Kalau tak lagi riuh kot.
Oklah, sebenarnya memang tak jangkakan pun nak pi MV tiba tiba ja idea nad nak pi jalan jalan. Nad cakap kat abah ' Abah, tolonglah bawak adik pi jalan jalan. Adik dah bosan gila duk rumah'. Hehe. Jadinya, kami pun decide nak ke MV. So, mula mula sekali kami kenyangkan perut dulu , macam biasala kan : ) Makan pizza ja. Alhamdulillah. Kebetulan pulak adik nad tu ada dapat baucer percuma pizza satu, jadi memang cantek sangatlah kan pi makan sana.
Tapi satu ja, service kat pizza ni memang sangat thumbs down yang terdown gila. Masa kami nak order orang tu boleh sibuk buat benda lain. Kelam kabutla kami pun. Errr. Tapi lapar punya hal kami makan ja. Hehe.
Lepas ja makan kami pun mula merewang rewang. Macam macam sangat suara yang nak pi sana sini. Last last nad macam biasa la, pi menghabiskan masa di MPH Bookstores. Konon nerdla ni O_O. Heha. Tapi enn tak beli buku ilmiah pun sebab tak sempat nak round. Kabut makanan dah sampai. Dapat beli satu pen yang sgt comel ini.
Then, barulah ke Cosmic Bowling. Tapi nad tak main pun sebab malas lagi satu niat sebenarnya nak pi tempat lain lagi mcm Speedy, Mph dan kedai lain tapi my abah tak bagi. Dia risau. Hehe. First game adik nad , Nawal menang and then second game abah nad menang dengan 109 : ) Hebat hebat!
Alhamdulillah, seronok sangat dapat habiskan masa dengan usrati. Kalau boleh nak pi satu pulau duduk dengan usrati lama lama lagi seronok. Baru terasa manisnya ukhuwah bersama usrah. Semoga Allah panjangkan umur kami supaya kami dapat berbakti kepada ibu bapa kami. Ameen : ' )
Oklah, mau masak dulu. Im now a MasterChef! Hahaha. Tapi errr kat rumah je la. Wassalam.
|