
![]() |
Kisah Hati Dup Dap
4.21.2013 | 11:03:00 AM | 0 star
Salam dan selamat pagi.
Haii. Giat tak aku hidupkan blog ni? : ) Pepagi buta mata masih terbuka luas sambil mengagahkan diri untuk menulis :p Aku just nak share luahan rasa tentang hati dan perasaan aku. Cewahhh. Romantika gitu~ Haktuih!
Oklah, alhamdulillah aku rasa sangat bertuah sebab aku rasa dah kira kira 5 tahun aku bebas daripada sebarang jajahan hati. Yes, I must admit it that . Maaf cakap, aku seriously tak suka dan tak nak memikirkan lagi tentang semua benda. Tapi kalau dah tertulis jodoh aku awal, insyaAllah aku tak akan tolak.
Aku dah janji dengan diri aku supaya bawak balik kejayaan dekat usrati especially mak and abah yang dah banyak berkorban besarkan aku. Ya Allah, tak terkira rasanya berapa banyak aku dah susahkan mak dan abah. Tambahan pulak, aku dah banyak bawak sejarah pahit. So, aku dah bertekad tak nak ingat pasal tu lagi and teruskan dengan kehidupan aku sekarang ni :')
Panjang lagi perjalanan aku sebelum aku masuk ke alam lain. Banyak lagi yang aku nak capai sebelum melangkah ke alam baru. Jadinya, aku harap sangat dia faham. Buat aku tak suka tapi aku rasa mungkin ini bukan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku doakan dia dapat yang lebih baik . Kadang kadang aku rasa sedih bila orang kaitkan aku dengan dia. Seriously kalau boleh aku sangat hati aku ni tak bersangkut paut dengan mana mana nama lelaki selain bakal zauj.
Boleh bawak zina hati and nanti mulalah syaitonnirrajim tu hasut untuk berfikiran tak elok. Nauzubillah. Masa aku dekat U lagilah, kena jaga hati dan iman sangat sangat. Ya Allah , kadang kadang rasa takut nak jalan depan dorang. FYI, aku seorang yang berani untuk jalan sorang sorang even kalau gi shopping pun, aku lebih selesa jalan sorang sorang. Bukan hapa, kadang kadang orang sekeliling suka rush. Aku nak jejalan dengan hati yang tenang ok :p
Tapi tula, bila kat U je aku kena cari shortcut nak lalu tempat yang tak ada dorang. Tapi apa apa pun, I Like It! Itu pilihan aku. Biar orang nak kata aku kolot ke apa, tapi aku tau apa yang aku buat ni betul di sisi Allah swt :') Aku anggap bebudak kelas macam adik aku jeh =_= Nasib baik beza setahun! Hikhik.
Jagalah Allah, nescaya Allah swt akan menjaga kita pulak :') Short words and precise tapi itulah yang susah kita nak buatkan? Yes aku admit kadang kadang aku sendiri tersilap langkah, ujub , lagho. Tapi, once kita dah sedar cepatlah bertaubat
, istighfar mohon supaya Allah jaga hati kita. Aamiinn.
Oklah, rasanya itu je kot. Jam dah nak masuk angka dua. Mata pun nak katup dah ni. Sayu je mata ni. Hehe.
Jalan jalan Ke Nogori
| 4:06:00 AM | 0 star
Salam and selamat pagi.
Ouh ouh first time update stori pepagi buta ketika semua orang sedang nyenyak belayar dalam tidur. Aku jeh yang terbeliak mata buat gebang pagi ni. Hehe. Ok, merepek. Oh lupa, sihat? Aku? Alhamdulillah sihat , berat pun macam biasa semakin mengingkat angkanya. Angan hati nak consume herbal life la bagai, jogging every morning la. Last last hampeh satu pun tak jalan :p
Jadi, sekarang ni aku dan usrah sedang berada di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Nogori Sembilan. Sebabnya datang nak bagi sokongan padu dekat abah yang ada kursus. Hikhik. Tengok betapa tingginya semangat patriotik aku kat usrati <3. Alhamdulillah,petang semalam bertolak and sampai pun dalam nak dekat maghrib macam tu. Disebabkan kitorang ikut jalan dalam so cepat jugakla sampai. Tapi kan, nak sampainya tu pun azab gila. Jalannya berlekok lekok macam ular kena patuk. Tapi en,, alhamdulillah sangat. Dalam banyak banyak adik beradik, aku seorang je yang Allah swt kuatkan semangat kalau lalu jalan macam ni. Aku takkan pening and tak mengantuk plus rasa macam nak muntah. Tak macam adik beradik yang lain. Siap ada yang cium minyak cap kapak bagai : )
Dah sampai, masuk rumah tamu dia sangat ohsem. Pastu ada lebih kurang 5 bilik berasingan. Di sebabkan aku agak rapat dengan K. Wawa and Ily, so aku just duduk dengan dorang and yang adik aku yang lagi dorang tu pulak duduk berdua. Bilik dia pun ohsem sangat sebab ada satu katil besar , satu tandas and kawasannya yang agak luas untuk aku main acik sorok sorok dengan adik adik aku : ) Peace. Maaf sebab tak sempat nak captured picture. Kebetulan semalam pulakla perut aku buat hal so bertambah malas la aku =_=
Alhamdulillah, breakfast pagi memang kenyang sangat. Nasi lemak yang menyelerakan. First time makan nasi lemak yang sambalnya sedap and perfect lepas cuti sem ni. Dulu , aku rajin jugakla nak masak nasi lemak untuk breakfast tapi disebabkan aku kena control pemakanan aku so I decided not to eat or cook nasi lemak selalu. Hehe. Lepas je habis program , aku terus balik bilik and dum buat kuak lentang rama rama atas katil. Ya Allah, nyenyak gila kot aku tidor sampaikan adik aku mai bagi donat pun aku sapu. Bayangkan tengah tengah tidor tu. Hehe. Dapat la back up balik jam tidor aku yang tak cukup sebelum nih :') Sebelum balik tadi ada la sempat ambik gambar tapi itupun tak berapa banyak sangat sebab masing masing kalut angkat barang. Pergi sehari je tapi barang kitorang mengalahkan nak pergi sana seminggu! Hehe :p
Oklah, setakat tu je kot. Gotta go for now : ) Assalamualaikum and have blessed day.
|