
![]() |
Kisah Berminggu minggu Aku
12.23.2012 | 8:23:00 PM | 0 star
Salam semua and a very good morning.
Alhamdulillah, sekarang ni aku dah mula cuti MidSem Break. Jadinya sekarang ini aku sedang dalam perjalanan ke UUM untuk pergi ambil lappy abah aku dekat orang kerjanya.
Tak banyak aku nak cerita sangat. By the way alhamdulillah, sekarang ni semua nya masih okey. Maksudnya yang masih ok itu adalah dari segi pelajaran, diri dan keluarga. And alhamdulillah rezeki kami sekeluarga dimurahkan. InsyaAllah next year ada plan baru dengan keluargaku sayang. Plan apa? Takpalah I will tell you someday. Hehe.
Anyway, kehidupan aku sebagai seorang pelajar dan perantau di Perlis ( je pun ? ) alhamdulillah semakin better than before. Kadang kadang tu rasa tension plus nak berhenti je dari belajar. Iyalah terlalu kelam kabut dengan aktiviti plus nak kena terkejar kejar cari stiker untuk duduk kolej. Tu belum kisah dengan kelab persatuan nya bagai. Last sem aku jadi Ketua Pengarah untuk satu event ni. Sebabnya rais kena pergi kem.
Mula mula tu okla kan. Lepas tu masing masing mula menunjukkan perangai. Dengan alasan tak nak datang la, bajet kurang la dan bermacam macam alasan lagilah yang aku menyampah nak dengar. Last last aku yang kena uruskan semuanya. Nak menangis jugaklah aku waktu tu. Semua beban atas aku. Senior muslimin pun kerja nak pressure aku dengan susunan aktiviti tu. Dah la ni first time aku handle event tanpa apa apa ilmu pun tau! Mau tak panik tahap Z! hehe. Hiperbola sungguh kan.
Tapi alhamdulillah aku berjaya jugak uruskan event tu akhirnya. Susah memang susah tapi itulah pengalaman baru yang aku kutip. Walaupun aku rasa taklah hebat sangat aku uruskan event tu but at least I tried my best. And I did not regret anything. Tetibe rasa sebak la pulak. KahKahKah. Takdemotifpunyagelak.
Habis bab kisah kelab aku. Asrama aku pulak. Yes, kehidupan asrama aku pun not bad tapi aku rasa last sem lagi seronok sebab aku ada neighbourhood yang cool dan sekepala. Semuanya best best and gila gila macam aku. Agaga. Tapi starting from this sem, T. Rec has decided to arrange back the hostel where there will have one room for one course. Maksudnya kalau macam aku, aku ambil Course Science Pure, so satu bilik aku pun akan jadi Science Course pun students. Dan begitulah dengan bilik bilik yang lain.
Dan alhamdulillah roomates aku pun cool macam cool blog. Cuma biasalah kan dalam dusuk sebilik tu akan ada buruknya. Yang seorang tu suka sangat buka lagu kuat kuat sampai nak pecah gegendang telinga aku. Nasib baik yang roomate aku lagi satu tu ok je. Dapatlah aku sehati sejiwa dengan dia. Hehe.
And yang tak tahan lagi, aku dapat tingkat empat punya bilik. 4031. Gila nak mati aku kalau nak panjat tangga nak balik bilik. Yang pihak kolej boleh letak signboard ' Kita Sihat, Kita Cergas, Kita Panat Tangga, and lastly KITA PENAT ' !
Tapi aku tetap gagahkan jugak kakiku kaki ini untuk panjat sebab banyak kot kerja yang aku boleh buat kalau ada break daripada melepak saja. Hehe.
Akhir kata, wish me luck. I wish to be strong and hope that I will bring my ANC's certificate to my parents. Aamiin :'). Thanks for reading. Assalamualaikum and have a blessed day.
|