
![]() |
Alhamdulillah,,im officially 19!
10.25.2012 | 12:14:00 AM | 0 star
Salam.
Yey! Setelah berkurun lamanya aku sembunyi dari kau,, HAHAHA akhirnya aku kembali ! Errr ( ? ) Ok, btw alhamdulillah aku masih berpijak di atas muka bumi ini. Syukur kepadaNya sebab masih memberikan aku kehidupan yang amat bermakna buat aku. So masa aku tengah tulis ni, my sweet sisters sumanya tengah berjimba jimba dekat The Store. HAHA. Sounds bit childish kan? Pi the store pun macam pi times square ke dik . . ? Wohooo ! Opkos le , sebab saya ni dah rindu sangat nak pi cuci mata , cuci tangan dan segala cuci lagi lah. Tapi aku tak pi pun sebabnya ada problemo sikit.
Yes, im officially 19! Alhamdulillah : ) Rasa macam tak percaya ja sebab dah 19 tahun aku hidup. Macam macam sangat aku lalui untuk sampai ke tahap ni. Tapi tu semua tak patahkan semangat aku untuk teruskan kehidupan. Oh lupa, minggu lepas usrati and aku pi ke mrsm pekan , pahang for my sister's graduation day. Masa haritu en , , seyes ramai gila budak yang dapat anugerah hebat hebat. Alhamdulillah adik aku dapat second class upper dengan cgpa 3.21. Dia nampak macam sedih tapi aku cakap dekat dia ' Ni belum penamatnya. SPM is ahead of you. What matter it is, keep your hard work until you get the best ones.' Aku bukanlah hebat sangat nak ceramah bagai kan tapi at least benda ni jadi ransangan untuk diri aku jugak. And aku dah janji dengan adik aku yang aku akan bawak mak and abah naik atas pentas masa konvo nanti. InsyaAllah Ameen : )
Baiklah , sempena meraikan 19tahun aku emmm aku nak cerita cerita sikit.
First , tahun ni aku tak dapat any present from usrati. Dorang tulis kad pun tak tau tak ? Sedih kot! Tapi enn takpa, suma tu taklah penting sangat pun. Janji dorang dah wish aku , tu pun alhamdulillah. 2 malam lepas tu kami pi menjamu selera ( ? ) dekat Tree Steak House, tahukah ? Sedap , boleh lah. I chose chengal chicken BBQ. MasyaAllah, kenyang sangat! First time makan makanan cam tuh.
Second , sempena umur aku yang dah meningkat naik ni , haha, yang ni aku malu sikit sebenarnya nak cakap. Sebab enn ni soal hati ♥ Hehe. Mak aku haritu terkeluar pasal sorang ustaz kat sekolah ni merangkap seorang guru. Mak aku cerita yang beliau ni pemalu sangat, tak cakap dengan ajnabi, dan seorang yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Graduated from UIA : ) Aku mula mula pun rasa macam segan sangat nak cakap hal ini, tapi mak nampak beriya iya sangat! Errr. Tapi aku pun tak nak janji apa apa. 19 tahun tak bererti aku dah kena fikir soal ni tapi kena selalu doa kepadaNya supaya mendapat jodoh yang terbaik disisiNya ♥ And , aku ada jugak cakap yang aku reject dia tu awal awal dah. Bila mak tanya, aku cakap ' Adik ni spare part dia ja lah mak '. Terus mak aku senyap , dah tak ungkit dah hal ni. Hmm Apapapun, teruskanlah berdoa yang terbaik kalau kita nak dapat yang terbaik disamping berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi mujahadah solehah : )
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Third , insyaAllah bulan November ni aku kan start kerja dengan abah aku. HM Global Charter Travel. Hehe. Nama klasik kot. Aku pun tak tau what gonna happened in the future but insyaAllah im preparing myself to do my best and try to do something new. And lagi satu nanti aku kena naik kereta or bawak motor pi pejabat. Scary scary! Oh tidak ! Tapi semalam aku dah cuba jadi otai, bawak motor macam racing. Haha. Speed tak mau mau : )
Lastly , sempena hari raya aidiladha esok , aku nak kita sama sama terapkan kecintaan untuk para nabi Allah . . Banyakkan selawat keatas baginda dan para sahabat yang banyak memperjuangkan Islam. Jom kita hayati erti korban menurt syariat Islam ok ♥
Ok, rasanya sampai sini je kot. InsyaAllah kita jumpa lagi nanti eh. Wassalam.
p/s : We're going to hometown at Penang. Can't wait to celebrate Eid's with usrati : )
|