|
|
Ini Cerita Aku
11.26.2012 | 11:24:00 PM | 0 star
Salam dan selamat petang.
Alhamdulillah, hehe. Masa aku tengah menaip ni, aku masih kalut memproses status FB bapakKu untuk post berkenaan dengan Umrah Ziarah. Hmmm Oklah, banyak aku nak cerita sebenarnya , tapi banyak jugaklah yang aku dah lupa : ) Sibuk nak post tu, post ni tapi satu pun tak jadi. Last - last dah sampai nak masuk bulan Disember. Yes, Disember :'( Sedih. ( ? )
Kenapa sedih ? Because on 3rd December, Im , , Im going back tu UiTM ! ! <_> Haha. Sorri lah ye, teremo pulak. Oklah, tak macam biasa, minggu ni aku dah tak pergi office macam minggu lepas. Sebabnya, kan dah nak balik sambung belajar jadinya kenalah pokus untuk studi dulu. Beg beg pun aku dah start packing. Beg besau gedabak, nasib baik pi boleh tumpangkan beg aku dekat van. Kalu tak habislah kami adik beradik duduk macam tin sardin dalam encik kereta : )
Oh ya, lupa nak cakap yang minggu ni jugak aku dan famili dan kawan abah akan pergi ke Langkawi untuk Company Trip. Mula2 tu macam reject jugak nak pergi ke pulau Lang ni tapi abah cakap yang dorang dah lama tak pergi , so kami pun terpaksalah ikut sama. InsyaAllah, kali ini kitaorang akan bermalam 3 hari 2 malam dekat Langkawi and 1 malam dekat Perlis. Perlis tu yang tak tahan tuh +_+.
Happy pun ada, sedih pun ada. Tapi kalau nak dipikir-pikirkan balik, inilah pengorbanan aku untuk belajar. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk sambung belajar kat UiTM and ambik DIP. Sedih sangat sebab apa yang aku hajatkan tak sampai. Dulu aku sangat sangat nak ambik medic. Yelahkan, dulukan kat sekolah asal tanya je ambik kos apa, mesti jawab ' Aku nak ambik Medic. Nak pi Mesir '. Hah, itulahh ayat keramat aku masa time time keremajaan aku ;p
Even lepas result SPM keluar pun, aku still tak puas hati dengan result aku then aku try recheck balik dekat Putrajaya. satu hari aku habiskan masa dengan abah untuk pi sana. Pagi pagi lagi keluar dengan semangat yang berkobar kobar nak check balik result. Tapi ,, last last result aku ,, hmm tak pelah, biarlah aku jeh yang tahu ok : ')
Aku balik rumah haritu dengan perasaan yang sedih sangat. Aku rasa macam inilah the end of my life. Hancur berkecai habis cita cita aku nak buat medic dekat mesir. Tapi lepas tu, aku masih tak give up, aku try jugak apply MedicMesir dan AQM, satu agen yang ada link dengan Mesir. Alahamdulillah aku dapat untuk MM, tapi masa tu pulak aku dah rasmi jadi pelajar Kuin, Kedah.
Takpelah, aku tutup cerita pasal mesir. Then, bermulah kehidupan aku sebagai anak rantau kedah. Masa aku dekat kuin, banyak sangat yang aku belajar. Macam macam yang aku hadapi dalam mematangkan aku. Dari segi sahabat, diri aku sendiri, studi dan orang sekeliling. Even masa ku nak tinggalkan kuin pun aku rasa macam mimpi. Aku pun tak sangka yang dah nak masuk setahun aku duduk kat kedah tapi akhirnya aku terpaksa keluar jugak.
Alhamdulillah, masa result UPU keluar, aku dapat tawaran sambung belajar di UiTM Arau dalam bidang Sains. InsyaAllah, aku akan habiskan masa aku kat sini pulak selama 3 tahun. Dan , sekarang ni aku akan masuk Part 2 pulak. Rasa sekejap sangat aku dekat UiTM. Zaman U pun seronok sangat. Aku ada sahabat sahabat yang sporting, sekepala dan cool. Setakat ni perjalanan aku sebagai student UiTM masih baru. Syukur sangat kepadaNya sebab bagi aku rezeki , result aku : ') Walaupun aku punya expectation lebih daripada tu, tapi aku tahu, Allah merancang segalanya lebih hebat dari apa yang aku rancang.
Walaupun aku sedih sebab aku dah ketinggalan dari sahabat sahabat aku yang lain , tapi aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku. Dia nak tengok aku kuat. Dia nak uji aku supaya aku jadi lebih kuat. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk 3 tahun ni. Biarlah orang nak hina aku sebab aku lambat, tapi aku tahu, Allah dah rancang yang terbaik untuk perjalanan hidup aku selepas ini. Aku akan buktikan orang macam aku mampu capai cita-cita ku. Bukan hanya tahu cakap kosong. InsyaAllah, Ameen : )
Even they are just things , but they do convey us something that we need it! Dont give up and just stand up to face the world. Allah is always with you, dear <3
|