|
|
Jalan jalan Ke Nogori
4.21.2013 | 4:06:00 AM | 0 star
Salam and selamat pagi.
Ouh ouh first time update stori pepagi buta ketika semua orang sedang nyenyak belayar dalam tidur. Aku jeh yang terbeliak mata buat gebang pagi ni. Hehe. Ok, merepek. Oh lupa, sihat? Aku? Alhamdulillah sihat , berat pun macam biasa semakin mengingkat angkanya. Angan hati nak consume herbal life la bagai, jogging every morning la. Last last hampeh satu pun tak jalan :p
Jadi, sekarang ni aku dan usrah sedang berada di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Nogori Sembilan. Sebabnya datang nak bagi sokongan padu dekat abah yang ada kursus. Hikhik. Tengok betapa tingginya semangat patriotik aku kat usrati <3. Alhamdulillah,petang semalam bertolak and sampai pun dalam nak dekat maghrib macam tu. Disebabkan kitorang ikut jalan dalam so cepat jugakla sampai. Tapi kan, nak sampainya tu pun azab gila. Jalannya berlekok lekok macam ular kena patuk. Tapi en,, alhamdulillah sangat. Dalam banyak banyak adik beradik, aku seorang je yang Allah swt kuatkan semangat kalau lalu jalan macam ni. Aku takkan pening and tak mengantuk plus rasa macam nak muntah. Tak macam adik beradik yang lain. Siap ada yang cium minyak cap kapak bagai : )
Dah sampai, masuk rumah tamu dia sangat ohsem. Pastu ada lebih kurang 5 bilik berasingan. Di sebabkan aku agak rapat dengan K. Wawa and Ily, so aku just duduk dengan dorang and yang adik aku yang lagi dorang tu pulak duduk berdua. Bilik dia pun ohsem sangat sebab ada satu katil besar , satu tandas and kawasannya yang agak luas untuk aku main acik sorok sorok dengan adik adik aku : ) Peace. Maaf sebab tak sempat nak captured picture. Kebetulan semalam pulakla perut aku buat hal so bertambah malas la aku =_=
Alhamdulillah, breakfast pagi memang kenyang sangat. Nasi lemak yang menyelerakan. First time makan nasi lemak yang sambalnya sedap and perfect lepas cuti sem ni. Dulu , aku rajin jugakla nak masak nasi lemak untuk breakfast tapi disebabkan aku kena control pemakanan aku so I decided not to eat or cook nasi lemak selalu. Hehe. Lepas je habis program , aku terus balik bilik and dum buat kuak lentang rama rama atas katil. Ya Allah, nyenyak gila kot aku tidor sampaikan adik aku mai bagi donat pun aku sapu. Bayangkan tengah tengah tidor tu. Hehe. Dapat la back up balik jam tidor aku yang tak cukup sebelum nih :') Sebelum balik tadi ada la sempat ambik gambar tapi itupun tak berapa banyak sangat sebab masing masing kalut angkat barang. Pergi sehari je tapi barang kitorang mengalahkan nak pergi sana seminggu! Hehe :p
Oklah, setakat tu je kot. Gotta go for now : ) Assalamualaikum and have blessed day.
|